Monday, 21 March 2016

ASAS GERAKAN SENI SILAT GAYONG SERANTAU

Image result for image seni silat gayong serantau




ASAS GERAKAN I  1-5
1.       Tumbuk lurus pintal tali
-          Sedia (tarik kaki kanan ke belakang dan kedudukan bertapak kuda-kuda)
-          Tangan kanan tumbuk lurus berpintal ke hadapan kemudian berkisar (pusing) tapak menghadap ke sebelah kanan balas tangan kiri tumbuk lurus berpintal kemudian berkisar (pusing) tapak menghadap ke hadapan
-          Ulang pergerakan

2.       Pancung dayung
-          Sedia (tarik kaki kanan ke belakang dan kedudukan bertapak kuda-kuda)
-          Tangan kanan pancung sambil berkisar (pusing) tapak menghadap ke sebelah kanan balas tangan kiri pancung dayung sambil berkisar (pusing) tapak menghadap ke hadapan
-          Ulang pergerakan

3.       Tumbuk pintal tali bertapak
-          Sedia (kaki kanan tarik belakang, kiri depan serta kedudukan bertapak kuda-kuda)
-          Tumbuk tangan kanan ke hadapan serentak langkah kaki kanan ke hadapan
-          Tumbuk tangan kiri ke hadapan serentak langkah kaki kiri ke hadapan
-          Lakukan dalam kiraan 7 & 12 alih tapak dan menghadap belakang sambil tangkis sisi luar

4.       Lambung kemudi (tendang lurus)
-          Sedia (kaki kanan tarik belakang, kiri depan serta kedudukan bertapak kuda-kuda)
-          Kaki kanan tendang lurus ke hadapan balas kaki kiri

5.       Tolak lintang (tendang juring)
-     Sedia (tarik kaki kiri ke sisi dalam keadaan selari berkuda-kuda sederhana untuk 
      menendang)
-     kaki kanan tendang sisi balas kaki kiri


Saturday, 19 March 2016

BUNGA TANJUNG

Seni Bunga Tanjung penuh dengan rahsia. Walaupun gerak tarinya nampak bersahaja namun tersimpan rahsia tempur dan gerak bela diri yang ampuh dan efektif. Antara seninya adalah "PELEPAS". Terdapat 7 gerak pelepas dalam seni bunga tanjung. Antaranya lima pelepas ialah seperti berikut;
1.      Kuak - Bermula dengan kedua tapak tangan bercantum, bergerak ke atas sambil menguak ke luar. Sesuai digunakan untuk melepaskan diri daripada cekikan leher.
2.      Kalong - Perbuatan mengalung dengan cara memusingkan sendi pergelangan tangan. Sesuai digunakan bagi melepaskan diri dari genggaman tangan.
3.      Sisip - Perbuatan menyisipkan belakang tapak tangan ke atas lengan tangan yang satu lagi. Digunakan untuk melepaskan diri daripada genggaman atau tangkisan. Boleh juga digunakan bersekali dengan kalong atau sentap.
4.      Sangga - Perbuatan melipatkan sendi siku ke arah tubuh pesilat. Digelar IBU PELEPAS.

5.      Kelek - Perbuatan menyalahkan perbuatan serangan lawan dengan memusingkan badan dalam arah berserenjang dengan sumber serangan.

Thursday, 10 March 2016

stereotaip melayu, cina dan india.

PENGENALAN
           Stereotaip McLemore (1994), Healey (2009) mengistilahkan stereotaip sebagai kenyataan-kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu kumpulan etnik seperti “semua orang Arab itu beragama Islam”, “Orang Belanda itu bersifat kedekut” dan sebagainya. Dengan kata lain, stereotaip ialah gambaran berlebih-lebihan tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk yang ditujukan kepada sesuatu kumpulan etnik oleh etnik lain terutama kepada etnik minoriti. Hal ini terhasil apabila berlaku pertembungan dua atau lebih komuniti etnik. Fahaman stereotaip ini akan menimbulkan perasaan yang negatif dalam kalangan masyarakat, khususnya masyarakat majmuk di Malaysia. Hal ini kerana fahaman stereotaip akan mengakibatkan sesuatu kumpulan etnik itu memandang rendah terhadap kumpulan etnik lain dan seterusnya membataskan interaksi antara etnik dan menimbulkan semangat perkauman yang menebal. Walau bagaimanapun tidak dapat dinafikan bahawa setiap kumpulan etnik akan memiliki pandangan stereotaip mereka terhadap kumpulan etnik lain. Misalnya pandangan masyarakat Barat terhadap kumpulan-kumpulan etnik di Malaysia. Begitu juga etnik Melayu mempunyai gambaran stereotaip terhadap etnik Cina dan India dan sebaliknya. Maka, setiap pertembungan etnik akan menghasilkan stereotaip yang berupa gambaran negatif  atau positif.
 Seterusnya Healey (2009) melihat kesan stereotaip yang boleh berlaku berterusan dari satu generasi ke generasi yang akan menjejaskan hubungan antara kumpulan dominan dan minoriti. Kandungan stereotaip juga yang sebenarnya antara yang dominan dan kumpulan-kumpulan minoriti dan sering salah satu cara penting di mana kumpulan dominan cuba untuk membenarkan atau merasionalisasi hubungan itu.
              Simpson dan Yinger (1985) pula telah membahagikan stereotaip kepada dua bentuk. Pertamanya dengan memberi sifat rendah yang melampau seperti pemalas dan tidak cerdik kepada kumpulan minoriti. Sifat ini cenderung berlaku semasa institusi perhambaan masih berlaku di mana kumpulan minoriti sering dieksploitasi oleh kumpulan dominan. Keduanya, stereotaip turut berlaku apabila kuasa dan perbezaan status kumpulan minoriti dengan kumpulan dominan semakin rapat. Kumpulan minoriti juga telah mengalami mobiliti ke atas dan memiliki beberapa kejayaan sama ada di sekolah atau perniagaan. Kejayaan relatif mereka tetap dipandang negatif sehingga muncul ungkapan-ungkapan seperti ‘terlalu pintar’, ‘terlalu materialistik’ , ‘terlalu licik’ dan sebagainya.
DEFINISI DAN LATAR BELAKANG ORANG MELAYU
“Melayu” dapat ditakrifkan sebagai penduduk peribumi yang bertutur dalam bahasa melayu, mengganut agama Islam dan mengamalkan adat dan tradisi orang melayu. Menurut perlembagaan Malaysia dibawah artikel 160(2) orang melayu ditakrifkan sebagai seseorang yang menganuti agama islam,lazim bertutur bahasa melayu, mengamalkan dan menurut adat istiadat melayu, lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau lahir sebelum Hari Merdeka dan ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, dan menetap di Persekutuan atau di Singapura.
 Di Malaysia, penduduk peribumi dikatakan berasal dari suku sakat keturunan Indonesia  seperti Minangkabau, Aceh, Bugis, atau Mandailing, yang boleh bertutur dalam bahasa Melayu, mengganut agama Islam dan mengamalkan adat istiadat masyarakat melayu, selain daripada Melayu Jati yang berasal daripada Tanah Melayu itu sendiri. Bahkan, sesetengah berpendapat bahawa orang bukan pribumi yang berkawin dengan orang Melayu dan memeluk agama Islam juga diterima sebagai orang Melayu.
Orang Melayu dikatakan penduduk asal Tanah Melayu di mana nenek moyangnya berasal daripada Indo-China atau Yunnan pada 3500 tahun dahulu. Namun begitu, penduduk Tanah Melayu kini sebenarnya lebih ramai ekoran kemasukan kelompok masyarakat Melayu dari kepulauan lain. Bermula dari abad ke-9 lagi telah berlaku penghijrahan beramai-ramai masyarakat Melayu Indonesia ke Tanah Melayu ekoran kedudukan ekonomi, politik dan sosial yang dikataka boleh menjamin keselesaan dan keselamatan mereka. Sehingga tahun 1957, keturunan penduduk Melayu di Tanah Melayu berjumlah 2,427,834 orang, iaitu 49.8% daripada keseluruhan penduduk  Tanah Melayu.
 Perdagangan utama di Tanah Melayu ialah melalui sungai-sungai utama di negeri Melayu. Oleh hal yang demikian, kerajaan-kerajaan Melayu tradisional lebih tertumpu di tepi-tepi sungai. Penguasaan ekonomi orang Melayu terhadap sektor ekonomi semakin merosot setelah campur tangan British dalam hal-ehwal politik tempatan. Kemasukan buruh-buruh asing juga telah mengubah struktur ekonomi masyarakat Melayu dimana  bandar-bandar baru  menjadi tumpuan buruh asing, manakala kaum Melayu masih kekal di bandar-bandar tradisi atau kawasan perkampungan. Ekoran daripada sikap berat sebelah ini, prestasi ekonomi orang Melayu di zaman kolonial tidak mencapai sebarang kemajuan, malahan semakin merosot. British memegang dasar agar orang Melayu kekal sebagai petani sara diri dan mengusahakan hasil tanaman hanya sekadar cukup untuk menyara hidup. Masyarakat Melayu tidak digalakkan untuk menyertai sektor ekonomi moden. Alasan yang digunakan British ialah agar adat resam dan tradisi orang Melayu tidak terganggu oleh pemodenan, hakikatnya hal sebenarnya ialah untuk memberi lebih ruang kepada buruh asing menguasai sektor ekonomi keseluruhannya. Namun begitu pada tahun 1971 Dasar Ekonomi baru diperkenalkan dan memlaui dasar inilah proses penyusunan masyarakat Malaysia dibuat, dan memperbetulkan ketidakseimbangan ekonomi dan penghapusan funsi ekonomi berdasarkan kaum.

CIRI – CIRI ORANG MELAYU
            Ciri – ciri masyarakat melayu yang dapat dilihat pada masa kini ialah beragama Islam. Namun begitu tidak dinafikan bahawa masih terdapat sisa – sisa pengaruh agama lain seperti agama Hindu dan animisme seperti kepercayaan terhadap bomoh, tangkal azimat dan sebagainya. Masyarakat melayu juga amat terkenal dengan keseniannya yang yang sangat unik seperti persembahan pentas  Makyong, wayang kulit, ghazal, dan kuda kepang persembahan seni tampak seperti seni ukir, seni hias, seni bina, tenunan dan anyaman dan juga permainan tradisi seperti congkak, wau, dan asing. Institusi kekeluargaan masayarakat melayu boleh dibahagikan kepada dua kelompok iaitu menerapkan sistem kekeluargaan dwisisi (bilateral) dan menerapkan sistem kekeluargaan nasab ibu (matrilineal), yang digunakan oleh orang Minangkabau Malaysia. Selain itu, ciri–ciri masyarakat melayu yang sering diperkatakan ialah mempunyai kulit sawo matang.
STEREOTAIP ETNIK MELAYU
Malaysia merupakan sebuah negara yang unik. Keunikannya dapat diperhatikan daripada banyak segi. Kepelbagaian penduduk yang sekaligus menganuti pelbagai agama dan kepercayaan serta mempunyai aneka budaya dan cara hidup merupakan ciri istimewa yang mendasari keunikan itu. Kepelbagaian etnik dan budaya merupakan cabaran kepada kerajaan dalam usaha mengintegrasikan rakyatnya. Menurut Ting dan Chua (1989), usaha mencapai perpaduan negara merupakan satu preoccupation walaupun ianya bukanlah satu matlamat negara. Masalah perpaduan dalam masyarakat pelbagai etnik akan menjadi semakin kompleks jika anggota masyarakat yang terdiri daripada pelbagai etnik tidak mengenali antara satu sama lain kerana perbezaan ciri asas seperti agama, bahasa, budaya dan ekonomi politik, wilayah dan pengalaman sejarah. Ciri-ciri perbezaan yang ketidaksamaan ini menjadi penghalang utama dalam proses pembinaan integrasi nasional dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik (Rabuskha 1973 : 21)
Menurut Allport (1968), prasangka merupakan sifat dalaman manusia yang salah dan kaku, boleh dirasai, diarah dan dinyatakan kepada suatu kumpulan masyarakat atau hanya kepada individu tertentu. Miller (1975), McLeno ( 2004: 127-128) dan Healey (2009 : 33) mentakrifkan prejudis sebagai pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain yang tersemat dalam hati seseorang atau kelompok etnik tertentu. Ini bermaksud sikap prejudis tidak diluahkan secara terbuka. Lazimnya pandangan ini tidak berasaskan maklumat yang jelas, tepat dan terbuka. Apabila prejudis disuarakan, ianya akan menjadi stereotaip. Selanjutnya Healey (2009) menegaskan bahawa prejudis antara etnik berlaku apabila sesebuah kumpulan etnik memandang negatif terhadap kumpulan etnik lain contonya, etnik lain memandang etnik melayu sebagai pemalas, hasrat dengki dan suka menjatuhakan sesama sendiri. Prejudis yang kuat terhadap kumpulan etnik lain sukar diubah walaupun fakta yang kukuh diberikan bagi membuktikan bahawa pemahaman tersebut adalah salah. Melalui proses sosialisasi , sikap prejudis disalurkan daripada satu generasi kepada generasi yang lain. Kesan sikap prejudis semakin mudah dilihat apabila berlaku persaingan bagi mendapatkan sesuatu yang terhad sama ada dalam aspek politik, ekonomi atau sosial dan sebagainya. Kebiasaannya prejudis timbul akibat penilaian awal yang dibentuk dan tidak dirujuk dengan tinjauan terhadap fakta-fakta sebenar.
McLemore (1994: 124), Healey (2009: 110) mengistilahkan stereotaip sebagai kenyataan-kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu kumpulan etnik. Misalnya gambaran berlebih-lebihan tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk yang ditujukan kepada sesuatu kumpulan etnik oleh etnik lain terutama kepada etnik minority seperti yang diwar-warkan berkenaan ketidakadilan dalam merangka Dasar Ekonomi Baru, berlakunya rusuhan kaum pada Mei 1969 ini adalah kerana kesan buruk ketidakseimbangan ekonomi dalam kalangan masyarakat berbilang etnik yang melihat kerajaan pada ketika itu terlalu menjaga hak kepentingan bumiputra atau etnik melayu. Hal ini terhasil apabila berlaku pertembungan dua atau lebih komuniti etnik. Fahaman stereotaip ini akan menimbulkan perasaan yang negatif dalam kalangan masyara  kat, khususnya masyarakat majmuk di Malaysia. Hal ini kerana, fahaman steretoip akan mengakibatkan sesuatu kumpulan etnik itu memandang rendah terhadap kumpulan etnik lain dan seterusnya membataskan interaksi antara etnik dan menimbulkan semangat perkauman yang menebal. Walau bagaimanapun tidak dapat dinafikan bahawa setiap kumpulan etnik akan memiliki pandangan stereotaip mereka terhadap kumpulan etnik lain. Misalnya pandangan masyarakat Barat terhadap kumpulan-kumpulan etnik di Malaysia. Begitu juga etnik Melayu mempunyai gambaran stereotaip terhadap etnik Cina dan India dan sebaliknya. Seterusnya Healey (2009) melihat kesan stereotaip yang boleh berlaku berterusan dari satu generasi ke generasi yang akan menjejaskan hubungan antara kumpulan dominan dan minoriti. Kandungan stereotaip juga yang sebenarnya antara yang dominan dan kumpulan-kumpulan minoriti dan sering salah satu cara penting di mana kumpulan dominan cuba untuk membenarkan atau merasionalisasi hubungan itu. Simpson dan Yinger (1985) pula telah membahagikan stereotaip kepada dua bentuk. Pertamanya dengan memberi sifat rendah yang melampau seperti pemalas dan tidak cerdik kepada kumpulan minoriti. Sifat ini cenderung berlaku semasa institusi perhambaan masih berlaku di mana kumpulan minoriti menjadi sering dieksploitasi oleh kumpulan dominan. Keduanya, stereotaip turut berlaku apabila kuasa dan perbezaan status kumpulan minoriti dengan kumpulan dominan semakin rapat . Kumpulan minoriti juga telah mengalami mobiliti ke atas dan memiliki beberapa kejayaan sama ada di sekolah atau perniagaan. Kejayaan relatif mereka tetap dipandang negatif sehingga muncul ungkapan-ungkapan seperti ’terlalu pintar’, ’terlalu materialistik’ , ’terlalu licik’ dan sebagainya.
KESAN STEREOTAIP TERHADAP ETNIK MELAYU
Kesan stereotaip kepada etnik melayu apabila sifat perkauman jika dibiarkan berterusan boleh mengancam kestabilan politik dan keamanan negara. Negara kita juga pernah mengalami peristiwa berdarah akibat dari rusuhan kaum dalam peristiwa 13 Mei 1969, sehinggakan keadaan darurat terpaksa diisytiharkan di seluruh negara kita. Konflik ras juga boleh mengakibatkan pengasingan kumpulan-kumpulan tertentu dari segi pelajaran, perumahan dan pekerjaan.
Isu perkauman memang tidak dapat dielakkan apabila terdapat golongan atau kumpulan manusia yang mempunyai beberapa ciri kesamaan seperti biologi atau budaya. Justeru, mereka cuba mempertahankan golongan masing-masing dan pada masa yang sama menindas kaum lain. Kesan stereotaip terhadap etnik melayu juga banyak memberi kesan kepada organisasi politik dan sosial di Malaysia. Organisasi sedemikian hanya memperjuangkan kepentingan dan merebut hak-hak yang dirasakan perlu tanpa memikirkan kepentingan golongan lain, keharmonian dan kesejahteraan negara.
Kesan penjajahan merupakan faktor utama punca konflik etnik dan ras di Malaysia. Walaupun Malaysia telah mencapai kemerdekaannya selama 58 tahun, tetapi kesan penjajahan British masih segar di minda setiap rakyat. Dasar pemerintahan British bercorak pecah dan perintah telah mengasingkan tiga golongan utama bangsa di Malaysia iaitu golongan Melayu. Cina dan India. Dengan penjajahan ini kesan stereotaip terhadap etnik melayu boleh menyebabkan gangguan dari segi ekonomi ini kerana kuasa beli etnik melayu adalah tinggi.
Dasar kolonial mengenai imigrasi, pelajaran, pentadbiran, ekonomi, tanah, bahasa dan kebudayaan telah meninggalkan kesan yang berpanjangan sehingga sekarang. Dasar imigrasinya yang bebas telah mengubah sama sekali komposisi penduduk di negara ini. Dasar ekonominya pula telah menyebabkan timbul pengkhususan ekonomi mengikut etnik dan pengasingan tempat tinggal di kalangan mereka akibat dari kegiatan ekonomi yang berlainan.
Penjajah Inggeris tidak menjadikan pendidikan sebagai alat penting untuk menyatupadukan rakyat yang berbagai etnik itu. Malah yang dilakukan ialah mementingkan pendidikan bahasa Inggeris kepada segelintir rakyat khususnya golongan yang berada demi kepentingan pentadbirannya. Sedangkan pendidikan Melayu dilakukan secara melepaskan batuk di tangga sahaja. Pendidikan untuk orang-orang bukan Melayu tidak dipedulikan langsung.
Oleh sebab itu, orang-orang Cina dan India terpaksa mengendalikan sekolah mereka sendiri dan menanggung perbelanjaan sendiri. Perkembangan pendidikan yang tidak terkawal ketika itu akhirnya menimbulkan sikap dan orientasi politik yang berbeza. Di samping itu, melalui dasar dan pentadbirannya pula, Inggeris telah meninggalkan kesan psikologi yang meluas di kalangan rakyat dengan menanam prasangka dan stereotaip di kalangan mereka.
Penjajah Inggeris akhirnya berjaya mempengaruhi sikap orang yang dijajahnya itu supaya menghormati dan menyanjung tinggi mereka sebagai kumpulan yang lebih tinggi daripada kumpulan-kumpulan ras yang lain pada ketika itu. Sebaliknya pula, terdapat banyak prasangka dan stereotaip negatif yang memandang rendah dan hina di kalangan berbagai kumpulan ras. Hal ini bukan sahaja menghalang wujudnya kerjasama dan persefahaman di kalangan mereka tetapi juga boleh menimbulkan syak wasangka dan perasaan benci menbenci di kalangan mereka. Semua kesan ini sukar untuk dikikis habis-habisan biarpun kita telah lama bebas dari belenggu penjajahan British.

DEFINISI DAN LATAR BELAKANG ORANG CINA
Orang Cina Malaysia (Cina Ringkas: 马来西亚华人; Cina Tradisional:  馬來西亞華人;  pinyin: Mǎláixīyà Huárén atau Cina Ringkas: 马来西亚唐人;  Cina Tradisional: 馬來西亞唐人; pinyin: Mǎláixīyà Tángrén) adalah penghijrah orang berbangsa Han luar negara yang menjadi warganegara atau penduduk tetap di Malaysia. Selain itu, seseorang yang berketurunan bangsa Han juga boleh dipanggil sebagai orang Cina atau kaum Cina di sesetengah negara luar China.
Kehadiran Orang Cina ke Tanah Melayu bermula pada awal abad ke-15. Pada masa itu, Kerajaan Melayu Melaka telah menjalinkan hubungan perdagangan dan persahabatan dengan negara China. Penghijrahan orang Cina ke Tanah Melayu seterusnya semakin pesat pada abad ke-19. Selepas itu, perdagangan di Pulau Pinang dan Singapura semakin berkambang dan seterusnya orang Cina berhijrah beramai-ramai ke Johor atas pemerintahan Temenggung Ibrahim melalui Sistem Kangchu. Seterusnya, jumlah penghijrahan orang Cina semakin meningkat akibat perkembangan kegiatan perlombongan bijih timah di Perak, Selangor, dan Negeri Sembilan. Selepas itu pada akhir abad ke-19, pemerintah Inggeris juga menggalak kemasukan imigran Cina kerana mereka memerlukan tenaga buruh secara ramai. Dalam golongan imigran Cina ini terutamanya berasal dari Selatan China seperti wilayah Kwangtung, Kwangsi, Hainan dan Fukien.
Kemasukan Imigran Cina ini boleh dijalankan melalui beberapa cara. Pertamanya, mereka masuk ke Tanah Melayu melalui Sistem Tiket Kredit iaitu secara hutang oleh seorang ejen. Imigran Cina tersebut perlu bekerja dengan ejen dalam tempoh masa tertentu. Cara kemasukan Imigran Cina yang kedua adalah melalui Sistem Kangchu. Pada masa itu, Orang Cina digalakkan berpindah dari Singapura ke Johor untuk membuka ladang lada hitam dan gambir. Selain itu, terdapat juga imigran Cina ke Tanah Melayu melalui perbelanjaan persendirian.
Terdapat beberapa faktor yang memaksa dan menggalakkan penghijrahan orang Cina ke Tanah Melayu. Faktor-faktor berikut seperti masalah kepadatan penduduk di Negara China, masalah bencana alam, masalah pengangguran, perkembangan ekonomi di Tanah Melayu, dasar Inggeris di Tanah Melayu, dan faktor-faktor lain.
CIRI-CIRI MASYARAKAT CINA.
Untuk mengenalpasti seseorang itu sama ada beliau merupakan orang keturunan Cina atau tidak, kita boleh membezakan dengan melihat dari wajah dan warna kulitnya. Ciri-ciri orang cina adalah kulit berwarna kuning langsat, berbahasa mandarin dan memiliki mata yang bulat besar.
STEREOTAIP TERHADAP ORANG CINA.                                                                           
Pandangan stereotaip adalah wujud daripada pengalaman dalam kehidupan seharian, setiap etnik sehingga membentuk imej atau label terhadap kumpulan etnik yang lain. Sebagai contohnya pandangan etnik Melayu terhadap entik Cina adalah mereka merasa orang Cina adalah lebih pandai dalam perniagaan tetapi kedekut untuk berkongsi ilmu. Stereotaip yang lain terhadap Cina adalah orang Cina itu rajin kerana mempunyai persediaan budaya untuk mengatasi segala halangan yang merintang mobiliti sosial ke atas mereka, menurut Muzaffar (1989) telah menjadi alasan mudah bagi golongan orang Cina Malaysia yang kaya untuk mengabaikan orang Cina yang mundur.
Selain itu, ramai yang memikirkan bahawa etnik Cina adalah lebih pandai dalam mata pelajaran matematik berbanding etnik lain, tetapi hakikatnya adalah etnik yang lain juga mampu untuk mendapatkan markah yang tinggi dalam mata pelajaran matematik. Kita adakalanya terbiasa dengan stereotaip seperti orang Melayu adalah malas, orang Cina adalah tamak dan orang India adalah pemabuk, walaupun kebenaran di sebalik stereotaip seperti ini kurang jelas.
KESAN STEREOTAIP TERHADAP  ETNIK CINA.
Stereotaip yang mendalam akan menyebabkan berlakunya jurang antara kaum semakin renggang. Kesan lain adalah ekonomi negara akan merosot kerana setiap etnik hanya memikirkan kepentingan diri sahaja sehingga mengabaikan etnik lain. Stereotaip juga akan mempengaruhi manusia berfikir.
DEFINISI DAN LATAR BELAKANG INDIA.
Sejak 2000 tahun yang lalu, kaum India telah datang berhijrah ke Malaysia. Antara kumpulan-kumpulan yang datang berhijrah ialah komuniti Chitty Melaka dan komuniti Mamak yang mana mereka ini datang semasa Kesultanan Melayu Melaka sebagai pedagang kain dan peminjam wang da[n kemudiannya ketika pendudukan Melaka oleh orang Belanda dan Portugal. Apabila pihak British berjaya menubuhkan Negeri-negeri Selat yang terdiri daripada Pulau Pinang, Melaka dan Singapura, kemasukan masyarakat India ke Malaysia semakin banyak bagi melibatkan diri dalam bidang perladangan, pertanian, pertahanan dan pembinaan. Ketika ekonomi Negeri-negeri Melayu Bersekutu semakin berkembang, warga Tamil dari India telah dibawa masuk secara besar-besaran untuk bekerja di ladang-ladang getah. Hal ini adalah kerana kaum Melayu dan Cina kurang berminat bekerja di ladang getah apabila kaum Melayu lebih tertumpu dalam bidang pertanian sementara kaum Cina lebih menumpukan perhatian dalam perusahaan bijih timah dan perniagaan di bandar-bandar.
CIRI-CIRI MASYARAKAT INDIA
Setiap kaum mempunyai ciri masing-masing yang dapat membezakan kaum mereka dengan kaum lain. Begitu juga kaum India iaitu kita dapat melihat ciri mereka dari segi pemakaian, penggunaan bahasa, pemakanan dan beberapa aspek lain. Bagi penggunaan bahasa, kaum India di Malaysia kebanyakannya menggunakan bahasa Telugu, Tamil, Hindi dan Malayalam sementara mereka mengamalkan agama Hindu, Kristian dan Islam. Dari aspek pemakanan pula, kaum India terkenal dengan tosai, idli, muruku, kesari, apam dan ladu manakala pakaian yang sering di gayakan oleh mereka ialah sari, kurta, sarung dan dhoti. 
STEREOTAIP TERHADAP ETNIK INDIA
Antara stereotaip India yang sering diperkatakan oleh masyarakat adalah mengenai masyarakat India yang sering mabuk. Namun bukan semua kaum India adalah pemabuk, walaupun sebahagian daripada mereka minum (arak). Persepsi bahawa semua orang India adalah pemabuk mungkin wujud kerana sebilangan kecil daripada kaum India minum arak dan menyebabkan masalah. Contohnya, mereka berada dalam keadaan mabuk sambil memandu kenderaan,ini boleh menyebabkan kemalangan jalan raya dan turut melibatkan orang lain yang tidak bersalah. Namun untuk melabelkan semua orang sebagai pemabuk adalah tidak adil. Walau bagaimanapun, untuk mengelakkan stereotaip seperti ini, masyarakat India harus mengelakkan hal sebegitu supaya tidak mendapat persepsi yang negatif daripada masyarakat lain.. Kerajaan juga harus memainkan peranan yang penting dengan memberikan lebih peluang pekerjaan dan menjalankan ceramah motivasi dan aktiviti sukan supaya orang ramai tidak membuang masa dengan aktiviti yang tidak sihat. Di samping itu,masyarakat yang lain berasa gerun dan tahu bahawa masyarakat India sangat aktif dalam acara larian mahupun maraton. Stereotaip ini sudah dilabelkan kepada masyarakat India kerana tubuh badan serta fizikal yang dimiliki oleh mereka. Rata-rata acara larian akan dimenangi oleh masyarakat india.Ini sudah menjadi anggapan positif oleh masyarakat lain dalam acara sukan.
KESAN STEREOTAIP TERHADAP ORANG INDIA
Kita dilahirkan untuk bersatu padu antara kaum dan bukan untuk memupuk perasaan negatif terhadap kaum lain. Dunia kini menyebabkan anak Melayu, Cina dan India terdedah kepada proses sosialisasi yang membina sentimen kepada kaum sendiri sehingga tanpa disedari telah memupuk perasaan bangga terhadap kaum sendiri.
Melalui proses pengkelasan sosial kita semua sering kali membahagikan dunia kepada ‘kita’ dan ‘mereka’ iaitu menganggap ‘kita’ iaitu kaum sendiri lebih baik berbanding ‘mereka’ iaitu kaum lain. Rakyat Malaysia adakalanya terbiasa dengan stereotaip seperti contoh orang India adalah pemabuk, orang India adalah bagus didalam acara larian dan sebagainya walaupun kebenarannya kurang jelas.
Stereotaip seperti ini akan memberi kesan yang negatif dan positif terhadap kaum India khususnya iaitu mengurangkan peluang mendapat pekerjaan terhadap kaum India. Hal ini disebabkan, stereotaip yang dicipta oleh rakyat Malaysia terhadap kaum India iaitu orang India adalah pemabuk menyebabkan pemberi pekerjaan kurang yakin dan percaya untuk mengambil kaum India sebagai pekerja mereka. Selain itu, memberi peluang kepada kaum India untuk menaikkan nama negara Malaysia melalui penyertaan sukan diperingkat antarabangsa. Ini kerana rakyat Malaysia sering melabelkan bahawa kaum India sebagai yang kuat berlari. Oleh itu, stereotaip ini memberi banyak kebaikan terhadap kaum India. Seterusnya, Pandangan kaum lain terhadap kaum India akan serong dan negatif kerana stereotaip yang diberikan oleh rakyat Malaysia iaitu kaum India adalah pemabuk. Pelajar India terutamanya bakal menerima impak yang negatif seperti dipinggirkan, diejek, dihina dan sebagainya oleh kawan-kawan mereka yang terdiri daripada kaum lain sekaligus menyebabkan prestasi pembelajaran mereka akan merosot.
Memetik kata Pengerusi Lembaga Amanah Yayasan 1Malaysia Dr Chandra Muzaffar, beliau berkata bahawa masalah stereotaip dapat diatasi melalui  pendidikan, kesedaran dan perubahan sosio-ekonomi. Oleh itu, semua rakyat Malaysia seharusnya menanam sikap untuk maju ke hadapan tanpa stereotaip supaya negara akan lebih aman dan sejahtera.
PANDANGAN MENGENAI STEREOTAIP KETIGA-TIGA ETNIK MELAYU, CINA DAN INDIA :
          Rumusan yang dapat  dibuat mengenai ketiga-tiga stereotaip etnik Melayu, Cina dan  India ialah tanggapan sesebuah kaum terhadap kaum yang lain berdasarkan pemerhatian mereka sahaja namun hakikatnya situasi yang dialami adalah berbeza. Kita dapat lihat dari segi pandangan etnik lain kepada etnik yang lain dan  kesan yang berlaku kepada etnik tersebut. Rumusan stereotaip masyarkat lain terhadap etnik Melayu ialah pertama sekali mengenai sifat yang melampau seperti pemalas dan tidak cerdik. Pandangan ini berlaku disebabkan etnik Melayu sering mendapat bantuan daripada kerajaan. Keduanya stereotaip turut berlaku apabila kuasa dan perbezaan status kumpulan minoriti dengan kumpulan dominan semakin rapat. Kumpulan minoriti juga telah mengalami mobiliti ke atas dan memiliki beberapa kejayaan sama ada di sekolah atau perniagaan. Oleh sebab itu, berlakunya jurang pemisah antara kelas atasan dengan kelas bawaha bagi etnik Melayu kehidupan mereka amat berbeza begitu juga dengan tanggapan mereka terhadap golongan yang lebih miskin. Kesan stereotaip terhadap etnik melayu juga banyak memberi kesan kepada organisasi politik, ekonomi dan sosial di Malaysia. Seterusnya, stereotaip negetif  etnik India yang sering diperkatakan oleh masyarakat adalah mengenai masyarakat India yang sering mabuk. Persepsi bahawa semua orang India adalah pemabuk mungkin wujud kerana sebilangan kecil daripada kaum India minum arak dan menyebabkan masalah. Stereotaip positif dilabelkan kepada masyarakat India kerana tubuh badan serta fizikal yang dimiliki oleh mereka. Rata-rata acara larian akan dimenangi oleh masyarakat india.Ini sudah menjadi anggapan positif oleh masyarakat lain dalam acara sukan.
Sehubungan dengan itu, terdapat dua kesan yang dapat ditaksirkan iaitu kesan negatif meyebabkan pengurangan  peluang mendapat pekerjaan terhadap kaum India. Hal ini disebabkan, stereotaip yang dicipta oleh rakyat Malaysia terhadap kaum India iaitu orang India adalah pemabuk menyebabkan pemberi pekerjaan kurang yakin dan percaya untuk mengambil kaum India sebagai pekerja mereka. Namun begitu, berkaitan akademik sukan dapat memberi peluang kepada kaum India untuk menaikkan nama negara Malaysia melalui penyertaan sukan diperingkat antarabangsa. Ini kerana rakyat Malaysia sering melabelkan bahawa kaum India sebagai yang kuat berlari. Oleh itu,stereotaip ini memberi banyak kebaikan terhadap kaum India. Selain itu, berkaitan stereotaip Cina ialah etnik lain menganggap etnik Cina lebih pandai dalam perniagaan berbanding kaum lain tetapi mereka  kedekut untuk berkongsi ilmu. Stereotaip yang lain terhadap etnik Cina adalah kaum Cina  rajin disebabkan mereka mempunyai persediaan budaya untuk mengatasi segala halangan yang merintang mobiliti sosial ke atas mereka, menurut Muzaffar (1989a) telah menjadi alasan mudah bagi golongan orang Cina Malaysia yang kaya untuk mengabaikan orang Cina yang mundur. Stereotaip yang mendalam akan menyebabkan berlakunya jurang antara kaum semakin renggang. Kesan lain adalah ekonomi negara akan merosot kerana setiap etnik hanya memikirkan kepentingan diri sahaja sehingga mengabaikan etnik lain. Stereotaip juga akan mempengaruhi manusia berfikir.

BINCANGKAN KEMANA HALA TUJU KETIGA-TIGA KAUM TERSEBUT JIKA MENGIKUT STREOTAIP.
Malaysia mempunyai pelbagai kaum, etnik dan pegangan yang menimbulkan kenyataan-kenyataan negatif  ataupun positif untuk sesuatu kumpulan etnik di Malaysia. Terdapat tiga kaum utama iaitu melayu, cina dan india dan berlaku pertembungan dua atau lebih komuniti etnik sehingga menghasilkan streotaip yang berupa gambaran terhadap sesuatu kaum itu. Kemanakah hala tuju ketiga-tiga kaum tersebut sekiranya gambaran streotaip ini berterusan menjadi perkara yang mengakibatkan perpaduan ini semakin regang.
Kemanakah hala tuju semua etnik di Malaysia sekiranya setiap etnik mempunyai pandangan stereotaip masing-masing. Stereotaip ini boleh jadi sesuatu kenyataan umum terhadap sesuatu kumpulan etnik, sama ada berbentuk positif ataupun negatif. Pandangan stereotaip mengataan masyarakat melayu pemalas merupakan sesuatu yang tidak adil. Oleh kerana etnik melayu merupakan rakyat yang paling mundur dan menceburi sektor pertama dan etnik-etnik lain mengumuskan bahawa etnik melayu malas untuk mengubah kehidupan mereka. Walau bagaimanapun, tidak dinafikan terdapat etnik melayu yang pemalas tetapi etnik lain juga ada yang pemalas. Jadi, tidak wajarlah sekiranya melabelkan etnik melayu pemalas sehingga tidak mahu mengambil atau menggaji etnik melayu dalam sektor kedua dan ketiga. Sifat malas bukanlah sesuatu yang menjadi penyakit keturunan tetapi ianya menjadi penyakit dalaman seseorang itu sendiri.  
Seterusnya, kemanakah halatuju etnik cina sekiranya gambaran stereotaip terhadap etnik lain ataupun sebaliknya terus membelenggu diri mereka. Gambaran stereotaip etnik melayu terhadap etnik cina ialah mereka pandai berniaga tetapi kedekut berkongsi ilmu serta mereka lebih pandai dalam pelajaran matematik. Gambaran stereotaip ini bersifat positif tetapi jika dilabelkan sebagai kedekut itu sudah membawa kepada unsur yang tidak baik. Justeru, gambaran stereotaip ini menjadi satu jalan untuk etnik melayu dan cina khususnya berkongsi ilmu pasti Malaysia lebih maju dalam dunia perniagaan. Hal ini demikian kerana, etnik melayu juga pandai berniaga dan jika dilihat dari segi sejarah kepulauan melayu Melaka merupakan satu pelabuhan yang terkenal dalam perniagaan antarabangsa. Ilmu perniagaan ini mampu berkembang sekiranya terdapat perasaan yang saling membantu antara etnik Malaysia.
Stereotaip etnik lain terhadap etnik india selalunya orang india ialah pemabuk. Selalunya etnik lain takut untuk berkawan dengan mereka dan etnik india juga selalu dikaitkan dengan gengsterisme. Gambaran stereotaip ini sebenarnya menjarakkan perpaduan kaum di negara ini dan tidak wajar seharusnya gambaran ini terus bermain di fikiran etnik lain. Bukan hanya etnik india sahaja yang minum minuman keras sehingga mabuk tetapi etnik cina dan juga etnik melayu juga ada walaupun etnik melayu yang beragama islam melarang kegiatan tersebut. Sepatutnya etnik india patut mengubah cara kehidupan agar lebih bermoral kerana kejadian yang melibatkan pemabuk lebih tertumpu kepada etnik india. Oleh itu, etnik india perlu mengubah sikap mereka agar tidak terjebak kearah ketagihan alcohol ini. Lebih malang lagi, ianya tidak membawa kebaikan untuk mereka dan produktiviti mereka juga boleh jatuh. Etnik India juga dikenali sebagai jaguh marathon dan sepatutnya kelebihan mereka digilap agar menceburi sukan larian. Etnik lain mengatakan begitu kerana melihat tubuh dan fizikal mereka. Oleh itu, sekolah-sekolah jenis tamil sepatutnya mengilap bakat pelajar-pelajar india agar lebih ramai menceburi bidang larian khususya marothan ini agar seiring dengan tanggapan etnik lain.

KESIMPULAN:
Perbincangan kemana halatuju setiap kaum di Malaysia mengikut pandangan stereotaip khususnya kaum Melayu, Cina dan India adalah sangat tidak sesuai untuk dibincangkan secara terbuka. Hal ini demikian kerana, kenyataan-kenyataan negatif mahupun positif bakal menimbulkan suasana yang tidak aman untuk masyarakat pelbagai kaum ini. Pandangan stereotaip ini sebenarnya tidak perlu diperbesarkan kerana impaknya kepada umum sangat besar. Namun begitu, pandangan seumpama ini boleh dibincangkan tetapi dalam suasana yang teratur dan terancang contohnya dalam suatu program ataupun forum yang dibahaskan oleh individu yang berkelayakkan dan mewakili setiap kaum di Malaysia ini. Pandangan stereotaip ini seharusnya dihapuskan agar peristiwa 13 Mei tidak berulang lagi pada masa hadapan kerana apabila dikaji semula peristiwa itu juga turut disumbangkan daripada pandangan stereotaip yang negatif antara kaum melayu dan cina. Oleh itu, sebagai masyarakat yang menerima perlembagaan negara secara menyeluruh, mereka tidak harus mewujudkan ruang dan peluang yang boleh menganggu-gugatkan suasana dan perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di Malaysia. Akhir sekali, perpaduan di Malaysia boleh dianggap suatu yang membanggakan negara kerana mampu menyatukan 70 etnik dan berada pada tangga ke-19 dalam kedudukan negara paling aman di dunia iaitu pada tahun 2011. Akan tetapi satu kesilapan mampu merosakkan sesuatu yang membanggakan ini dan kita sebagai rakyat Malaysia harus saling menjaga perpaduan ini untuk generasi yang akan datang.
RUJUKAN :
1.Allport, G. W. (1978). The Nature of Prejudice. Cambrigde: M.A. Addison Wesley.   Ashley, D. dan Orenstein, D. M. (2001). Sociological Theory: Classical Statements (5 th ed.). USA: Ally and Bacon.
2.Healey , J. F. (2009). Race, Ethnicty , Gender and Class : The Sociology of Group Conflict and Change (5 th ed.). Newport: Christopher Newport University.
3.McLemore, S. D. dan Romo , H. D. (2004). Racial and Ethnic Relations in America (7th ed.). Boston, Mass: Pearson/Allyn and Bacon
4.Ting, C. P.dan Chua, Y. Y. (1989). ‘Keberkesanan Dasar Ekonomi Baru dalam Menyusun Semula Masyarakat dan Mencapai Perpaduan Negara?’, dalam P. Mohd Hanafiah & S. Chamsuri (Eds.), Rancangan Malaysia Kelima. Bangi: UKM.
5. Hazri, J. (2007). Ethnic Arithmetic and The Challenges of Nation Building: A Study of Malaysian Education Policy for National Integration , 1970 to Present. Tesis PhD Tidak diterbitkan, University of Sheffield, Sheffield.
6. Lily Zubaidah Rahim. (1960). Dilema Singapura: peminggiran politik dan pelajaran masyarakat Melayu. Institut Terjemaah Negara Malaysia Bhd.
7. Zaki Samsudin. (2010 january 28). Menangani prejudis dan stereotaip negetif kaum. Retrieved 2015 October 20.  http://www.cpiasia.net/v3/index.php/219-contributors-sp-642/contributors/1848-menangani-prejudis-and-stereotaip-negatif-kaum-  
8. 2003. Migrasi orang cina ke Tanah Melayu. Retrieved 2015 October 20. http://cikgustpm.blogspot.my/2013/09/migrasi-orang-cina-ke-tanah-melayu.html.